PERANAN KAMI

Pada bulan Disember 2013, di penghujung tahun pertama kami beroperasi, kami sudah bertapak di 3 buah negara; di negara sendiri Malaysia, diikuti oleh Gaza, Palestin dan Kemboja. Tahun 2015 pula, kami terus berkembang ke 4 negara lagi iaitu Burma, Bangladesh, Indonesia (Acheh) dan India (Tamil Nadu). Dalam perancangan untuk tahun 2016, kami berharap untuk berada di Syria, Yemen dan kemungkinan juga negara-negara seperi Bosnia, Kosovo dan seterusnya.

Kami juga menerima permintaan dari kawasan miskin di Pinggiran Sahara and negara-negara di Afrika Utara untuk bekerjasama dalam program pembasmian kemiskinan, Projek Air Bersih dan tidak ketinggalan juga projek tahunan Korban dan Akikah. Kami akan menilai setiap projek cadangan terlebih dahulu dan dimasa yang sama mengukur keperluannya dengan kemampuan kami sebelum memberi sebarang komitmen.

Projek kami terbahagi kepada beberapa kategori seperti berikut;

  • Al- I’tisam Disaster Fund

    Bak kata pepatah, malang tidak berbau. Bencana alam atau malapetaka datang melanda tanpa kita menduga dan menyebabkan banyak kerosakan harta mahupun nyawa. Pada masa begini, sumbangan dari pihak tuan

  • Al-I’tisam Children Education Fund

    Kanak-kanak merupakan aset negara dan peyambung nadi pembangunan negara pada masa hadapan. Pendidikan merupakan tiket mereka untuk masa hadapan yang lebih cerah dan adalah sangat penting untuk pembent

  • Children Sponsorship Program

    Sebuah statistik yang dikendalikan oleh Biro Statistik Palestin mengatakan lebih kurang 2.7% kanak-kanak palestin kehilangan ibu atau bapa akibat peperangan hingga 2010. Kanak-kanak tersebut hila

  • Clean Water Project

    Air merupakan antara keperluan hidup kita yang sangat penting. Hampir kesemua aktiviti harian kita memerlukan air seperti makan, minum, mandi, membasuh baju dan sebagainya. Namun begitu, tid

  • Food Aid

    ‘Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, “Tidaklah disebut mukmin orang yang kenyang sedangkan jiran di sampingnya kelaparan.” Hadis Hasan. Riwayat Bukhari, Hakim dan Al-Khatib. Al-I’tisam

  • Korban & Akikah

    Palestine, Cambodia, India, Syria, Macedonia, Bangladesh & Burma

  • Misi Kemanusiaan

    MALAYSIA, KEMBOJA, BANGLADESH, BURMA, YEMEN, PALESTIN, MACEDONIA, SYRIA

  • Vision Care

    Penglihatan merupakan salah satu daripada 5 deria dan ianya sangat penting untuk kehidupan harian kita. Namun begitu, ibarat barang, penglihatan atau organ mata itu sendiri terdedah kepada banyak masa

RAKAN KERJASAMA

Sejak tertubuhnya NGO kami, jumlah organisasi kemanusiaan yang bekerjasama dengan Al-I’tisam terus bertambah dari masa ke semasa. Kami komited kepada pendekatan bercorak kerjasama, dan sekarang ini rangkaian rakan kerjasama kami meliputi hampir di semua negara dimana projek kami dilaksanakan.

Dengan adanya rakan kerjasama, kami dapat memastikan sumbangan anda sampai kepada sasaran semaksima mungkin bukan dibelanjakan untuk kos pengurusan dan kos perjalanan. Dimasa yang sama, pelaksanaan dan penyelenggaraan projek di pantau dan diselia dengan lebih baik bagi memaksimakan kadar kejayaan dengan kos yang lebih efektif.

Kami memerlukan anda!

“Be the change you want to see in the world!”

Kita semua mengimpikan sebuah dunia yang tiada krisis. Dunia di mana tiada kebuluran yang berlaku dan semua orang dapat menjalani hidup dengan baik. Mari sama-sama membantu kami merealisasikan impian ini!

Donate now