TULANG BELAKANG AL-I’TISAM

Al-I’tisam dianggotai oleh beberapa orang individu berjiwa sukarelawan yang sentiasa bersemangat untuk membantu meringankan beban orang lain.

 

Mohd Shah berpengalaman dalam dunia korporat dan mengendalikan perniagaan sendiri selama 30 tahun. Beliau tidak pernah melibatkan diri dalam sebarang aktivti NGO tetapi semuanya berubah apabila beliau kembali dari misi ke Gaza pada tahun 2013. Konflik berpanjangan antara Gaza dan Israel telah memberi kesedaran kepada beliau akan kepentingan peranan NGO Islam dalam membantu rakyat Gaza. Sekembalinya beliau dari Gaza, beliau telah menubuhkan Al-I’tisam Relief Program Assocation.

Harapan beliau adalah supaya Al-I’tisam dapat berkembang menjadi salah sebuah NGO yang aktif di Malaysia.

mshah@arp.org.my

Subari Jahaya

Marketing

Mohd Subari telah bersama kami sejak dari awal penubuhan NGO Al-I’tisam. Beliau bersyukur untuk berada dalam NGO ini dan dapat bersama-sama menyumbangkan tenaga serta idea untuk membantu mereka yang dalam kesusahan. Beliau berharap agar orang ramai dapat bersama-sama menyokong Al-I’tisam supaya lebih banyak misi dapat dijalankan dan lebih banyak orang dapat dibantu.

 

subari@arp.org.my

Al Hafiz

IT & Webmaster

Mohd Al Hafiz Ali dilahirkan di Kuala Lumpur. Beliau memperoleh Diploma dalam bidang Sains Komputer dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan kemudian melanjutkan pengajiaannya dalam Ijazah Sains Komputer pengkhususan Pengkomputeran Perniagaan di UiTM. Setelah tamat belajar, beliau bekerja sebagai Eksekutif IT dan Programmer selama 4 tahun sebelum menyertai Al-I’tisam.

Kepakaran beliau dalam bidang komputer sangat berguna dalam penghasilan idea-idea baru untuk dan efektif supaya rangkaian media sosial Al-I’tisam menjadi lebih luas. 

 

alhafiz@arp.org.my

Maziiana

Event & Media

Anak kelahiran Tanjong Karang yang lahir pada 30 August 1982 ini mempunyai ijazah dalam bidang Film Directing and Broadcasting dari UiTM Shah Alam. Maziiana Mohd Azhari memulakan kerjayanya sebagai penulis skrip di beberapa stesen TV. Selepas itu, beliau bekerja sebagai Pengarah Kreatif dan telah terlibat dalam penghasilan beberapa buah video korporat kemanusiaan.

Berbekalkan 15 tahun pengalaman dalam bidang ini, beliau bertanggungjawab mengendalikan publisiti, program dan sukarelawan. Menurut beliau, kerja-kerja sebegini memberikan kepuasan kerana beliau dapat membantu gelandangan, pelarian, mangsa bencana alam dan sebagainya.

nana@arp.org.my

Azizah

Akaun & Admin

Dilahirkan dan dibesarkan di Ipoh, Perak, Azizah mendapat kelulusan dari UKM dalam bidang ____. Beliau berpengalaman dalam bidang perakaunan selama 5 tahun sebelum beliau menyertai Al-I’tisam Relief Program Association. Menerusi Al-I’tisam, beliau sangat bersemangat dalam kerja-kerja kesukarelawanan kerana beliau dapat menolong ramai orang yang kurang bernasib baik 

Beliau sangat terharu atas sokongan yang diterima Al-I’tisam dan berterima kasih kepada orang ramai yang banyak menyumbang. 

azizah@arp.org.my

Rosemaria

IT/Social Media

“Spread love! Be the change you want to see in the world!”. Ini merupakan mesej yang ingin disampaikan oleh tulang belakang media sosial Al-I’tisam Relief Program, Rosemaria. Lebih mesra dengan panggilan Maria, beliau sangat bersemangat untuk menggunakan kepakaran beliau untuk menginspirasi orang ramai untuk melibatkan diri dalam membantu mereka yang kurang bernasih baik. Gol utama beliau adalah untuk memastikan jaringan NGO Al-I’tisam menjadi lebih luas dengan sosial media dan dapat mencapai lebih ramai orang

maria@arp.org.my

Ab Hafiz baru saja menamatkan pengajian di University of Science and Technology, Sana’a  selama 4 tahun . Punyai pengalaman hampir 2 tahun belajar di bawah suasana perang  di yaman walaupun berisko tinggi tapi tetap teruskan minat belajar agar dapat menghabiskan pelajaran disana hanya berbaki  semester lagi ketika itu .

Seterus itu , bila pulang ke tanah air  terpanggil untuk diri ni untuk menyertai kesukarelawanan di Jungle of Calais , France bagi melihat nasib saudara –saudara syria yang menjadi mangsa perang di sana.

Atas kesedaran itu kepulangan dari  France  menjadi titik timbulnya saya untuk meneruskan berbakti kepada saudara-saudara kita di yemen  dengan kehidupan  yang naïf dan miskin serta ditambah suasana perang yang melanda di sana menyebabkan keadaan mereka menjadi tambah sukar untuk meneruskan kehidupan mereka seharian .

abhafiz@arp.org.my

VOLUNTEERS

Along the way, we have met with many people who share our enthusiasm in volunteering. We have collaborated with many students and people from various university and locality. It’s because of them, we are able to move forward with our activities. JOIN US!

DONORS

Al-I’tisam has received a great support from public be it in the form of financial donation or material such as food items, clothing, Al-Quran and religious books and so on. A large majority of Al-I’tisam support came from individual and public who feel obligated to share a portion of what they have with the less fortunate. Support from institutions, government agencies and corporate companies are still lacking and far between. More efforts are needed to command better attention from these important groups so that Al-I’tisam would be able to spread its wings further and wider. DONATE NOW!